강구 이야기 | Kang Koo’s Story 3D – Korean Drama
English Title : Kang Koo’s Story 3D
Original Title : 강구 이야기
Revised romanization : Kangkoo Yiyagi
Directed by : Hong Sung-Chang
Broadcast by : SBS
Release date : March 29 – March 30, 2014
Runtime : Saturday & Sunday 20:55
Synopsis :
Kyung-Tae (Lee Dong-Wook) is cold-blooded and thought as a good-for-nothing guy. To take of his dead friend’s older sister Moon-Sook (Park Joo-Mi) and nephew Kang-Koo, Kyung-Tae goes to Ganggu Harbor in Yeongdeok, South Korea. He takes care of Kang-Koo who is cautious around unfamiliar Kyung-Tae and Kyung-Tae falls in love with Moon-Sook who is ill.
My Review :
Cerita ni lebih kepada melodrama..hmmm..lepas habis tgk...mcm biasa mesti akan terbayang2 scene romantik, happy, sedih dalam tu...dah macam tu sudah pasti akan nangis2 ler kan klu tengok..apa lagi bila dah ending...berjurai2 la airmata keluar. Tapi terus terang mmg sgt terkesan dengan jalan cerita ni..apa lagi pada penghujung cerita ada mengundang sedikit kejutan bagaimana hubungan mereka terbina. Ahhh....Lee Dong Wook memang tidak pernah mengecewakan bila berlakon watak dan cerita sebegini. Mana kala Park Joo Mi pula, ni adalah pertama kali tgk dia berlakon.
Yang Moon Sook yang menghidap penyakit kencing manis yang kritikal hidup dipinggir perlabuhan dengan anaknya Kang Koo seperti nama Perlabuhan tersebut. Kim Kyung-Tae pula merupakan orang kanan kepercayaan dan kesayangan bossnya didalam Syarikat Hartanah dan juga yang dihormati oleh kesemua pengikutnya. Selepas kematian kawan baiknya dia telah mengarah dan melarang para pengikutnya dari melakukan sebarang bentuk keganasan bila berhadapan dengan penduduk didalam proses mengambil alih tanah.
Ketika syarikat mereka mendapat tender untuk menguruskan pengambil alihan tanah penduduk di Kang Koo. Kyung Tae menawarkan diri untuk berunding dengan para penduduk.
Kini setelah 8 tahun berlalu selepas teman baiknya mati terbunuh didalam pergaduhan antara gengster. Kyung Tae tanpa memperkenalkan diri mengunjungi dan mengintai kehidupan kakak dan anak buah teman baiknya.
Tanpa disedari Kyung Tae jatuh cinta dengan Moon Sook dan hubungannya dengan Kang-Koo juga menjadi rapat.....
Banyak scene yang menarik terjadi...
Antara lainnya bila Kang Koo datang memberi amaran kepada Kyung Tae supaya jangan mengurat maknya dan mengajak kesemua team bolanya berjumpa dengan Kyung Tae untuk memberi pengajaran tapi at the end mereka semua yang duduk mendengar lecture Kyung Tae...hehehe. Satu dialog kawan baik Kang Koo kata...' Amerika lebih jauh dari matahari kerna matahari kita boleh lihat didepan mata manakala Amerika pula mata kita x nampak sbb tu la Amerika sangat jauh dari kampung mereka...hehee...
Juga terdapat dialog dari Kang Koo berkata...Ibu dia seorang yang tidak tahu apa erti malu. Kita akan mengerti bila sampai dipenghujung cerita ini nanti.
Juga bila Kang Koo berkata didalam hati sambil tersenyum ketika melihat Kyung Tae dan Moon Sook menunggang motor besar..." Ini adalah detik paling bahagia ibunya..." Sekali lagi cuma dipenghujung cerita sahaja mengapa Kang Koo berkata begitu...



.jpg)